Kelas Asas ICT - Pengenalan Microsoft Powerpoint & Komponen Asas Komputer
6 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 5 Febuari 2022, telah diadakan Kelas Asas ICT bertajuk Pengenalan Microsoft Powerpoint dan Komponen Asas Komputer bersama 3 orang ahli baru Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Karangan bertempat di bilik latihan PEDi tersebut. Kelas ini adalah kesinambungan daripada kelas ICT yang telah diadakan pada minggu sebelumnya dengan tujuan untuk memberi pengenalan berkenaan perisian dalam komputer iaitu Microsoft Powerpoint selain untuk memberi pendedahan dan pengenalan tentang peralatan dan komponen asas komputer.
Tiga orang ahli baru PEDi ini merupakan pelajar sekolah rendah SK Kg Karangan dan baru pertama kali belajar menggunakan komputer. Pengajar memberi taklimat ringkas tentang kegunaan Microsoft Powerpoint termasuk nama serta fungsi setiap simbol yang terdapat di dalam Microsoft Powerpoint. Sebagai tambahan, peserta diperkenalkan kepada beberapa komponen asas komputer seperti papan kekunci, tetikus, monitor, skrin komputer, pembesar suara, fon kepala dan sebagainya. Peserta juga diajar cara untuk mencari gambar setiap peralatan tersebut di carian internet dan seterusnya menyimpan ke dalam folder serta memasukkan gambar tersebut ke dalam Microsoft Powerpoint.
Daripada aktiviti tersebut, peserta dapat mengenal dan mengetahui fungsi setiap simbol di dalam Microsoft Powerpoint serta dapat mengenali nama setiap komponen komputer. Diharapkan peserta mendapat manfaat daripada kelas pembelajaran tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: