Bual Bicara - Bijak Berbelanja Secara Atas Talian (Shopee)
20 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 November 2021, PIK Kg Karangan telah menyertai sesi Live Bersama PIK Batu Gajah dengan kerjasama PIK Repek dan PIK Lawang dalam satu sesi perkongsian secara ‘live’ mengenai Tips Bijak Berbelanja Secara Atas Talian (Shopee). Tajuk kali ini dipilih kerana pembelian secara atas talian merupakan platform utama yang menjadi pilihan ramai pembeli ketika musim pandemik Covid-19 melanda negara bermula pada awal tahun lepas. Ada individu menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai terapi dan hobi untuk kepuasan, menghilangkan atau mengurangkan kekusutan yang di alami, jadi membeli-belah ini boleh dikategorikan sebagai hobi yang sangat popular dalam kalangan masyarakat terutamanya masa kini yang mana hobi ini boleh dilakukan secara terus melalui atas talian dan boleh dilakukan bila-bila masa yang kita inginkan.
Pada siaran kali ini, pihak PIK telah berkongsi sedikit tips untuk menjadi pengguna yang bijak berbelanja ketika membeli-belah menggunakan aplikasi Shopee. Sebagai pengguna kita perlu bijak semasa membeli dalam aplikasi ini kerana ia menawarkan pelbagai pulangan mata ganjaran, kupon, penghantaran percuma dan banyak lagi. Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi yang boleh digunakan bersama ketika membeli di Shopee untuk mendapat pulangan duit seperti aplikasi shopback. Selain itu, pengguna perlu merancang waktu yang sesuai untuk berbelanja dalam aplikasi ini. Pengguna juga boleh membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu produk, ulasan tentang penjual dan barangan yang dijual juga boleh disemak oleh pengguna sebelum membeli barangan dari kedai tersebut.
Jadi, kita haruslah menjadi pembeli serta pengguna yang bijak dan pengguna yang bermotivasi dalam apa jua perkembangan teknologi masa kini. Saksikan sesi LIVE tersebut yang dikongsikan di laman Facebook rasmi PIK masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut : FB LIVE
Semoga bermanfaat untuk semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: