Bual Bicara KDB - Risiko Permainan Dalam Talian
21 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 September 2021, PIK Kg Karangan telah menyertai sesi Live Bersama PIK Repek dengan kerjasama PIK Lawang, PIK Batu Gajah dan PIK Selising dalam satu sesi perkongsian Klik Dengan Bijak dengan topik ‘Risiko Permainan Dalam Talian’. Tajuk kali ini dipilih ekoran penggunaan gajet atau telefon pada masa kini yang merupakan satu keperluan utama pada masa kini yang sudah tidak mengira peringkat umur. Dalam perkongsian tersebut pihak PIK lebih banyak berkongsi kesan negatif dalam penggunaan telefon sekiranya tidak dipantau atau dibendung dari peringkat awal. Antara kesan negatif sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal masalah dari segi waktu tidur yang tidak cukup atau teruk.
Selain itu, ia juga boleh menyebabkan masalah sistem saraf dan masalah perkembangan otak anak-anak sekaligus menyebabkan penurunan prestasi pembelajaran. Ketagihan bermain dalam talian juga boleh menyebabkan masalah keretakan rumah tangga kerana pasangan mengabaikan tanggungjawab kerana leka bermain game selain boleh juga menimbulkan masalah kecurangan rumah tangga akibat bertemu ‘crush’ dalam ‘online game’. Namun, sekiranya kita bijak menggunakan kepakaran kita dalam permainan dalam talian, kita mampu menjana pendapatan yang lumayan. Oleh itu, pihak PIK menekankan bahawa semua pihak haruslah memainkan peranan dalam perkembangan teknologi masa kini agar ia memberi manfaat kepada pengguna dan bukan sebaliknya. Jadi, kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dan pengguna yang bermotivasi dalam apa jua perkembangan teknologi masa kini. Saksikan sesi LIVE tersebut yang dikongsikan di laman Facebook rasmi PIK masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut : FB Live
Semoga bermanfaat kepada semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: