Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
7 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 6 Disember 2021, PEDi Kg Karangan telah mengikuti satu taklimat berkenaan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah diuruskan oleh pihak Malaysian Communicatin and Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sesi taklimat ini telah dikendalikan oleh Mohd Zaim Bin Hamdan iaitu Pegawai dari SSM bersama dengan Mohd Mahfuz Fahmi Pegawai dari Jabatan Pembangunan & Kandungan Ibu Pejabat MCMC dan juga Encik Mohammad Syafiq Hairom iaitu Ketua Unit Seksyen Pendaftaran Perniagaan SSM.
Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada semua pengurus PEDi dan juga Rakan Digital (RD) berkenaan program baru dari SSM iaitu Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang merupakan satu (1) inisiatif untuk membantu golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftar perniagaan secara PERCUMA. Ketika taklimat ini dijalankan, pihak SSM juga menerangkan tentang kepentingan untuk usahawan mendaftar perniagaan mereka. Selain itu, pihak SSM juga menerangkan tentang perbezaan jenis perniagaan yang didaftarkan serta kelebihan dan kekurangan untuk setiap perniagaan berkenaan. Pihak SSM juga menerangkan tentang cara untuk mendaftar dan menggunakan laman web ezbiz.ssm.com.my.
Laman web Ezbiz merupakan platform pendaftaran SSM secara atas talian yang boleh digunakan oleh usahawan untuk sebarang urusan berkaintan SSM seperti mendaftar akaun SSM, memperbaharui serta lain-lain urusan yang berkenaan. Usahawan dari kalangan golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang berumur 18 tahun keatas yang berminat untuk mengikuti sesi taklimat bersama SSM pada 13 Disember 2021 (Isnin) boleh mendaftar kehadiran anda di pautan yang disediakan forms.office.com
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: