Bicara Kesihatan Diri
15 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2021, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi bual bicara tentang Kesihatan Diri bersama Coach Feeda & Coach Eila. Sesi LIVE tersebut bersiaran dari PIK Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Pengurus PIK tersebut iaitu saudari Izzati dan turut disertai bersama PIK Kg Karangan, PIK Chuchuh Puteri dan PIK PAKR Batu 1. Sesi perkongsian kali ini membicarakan tentang tip penjagaan kesihatan diri dan juga penurunan berat badan serta tip pengambilan kalori yang bersesuaian dengan keperluan badan. Proses penurunan berat badan memerlukan kawalan pengambilan pemakanan sebanyak 80 peratus dan hanya 20 peratus senaman untuk berjaya. Sesi LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PIK masing-masing yang boleh ditonton disini :FB Live
Semoga bermanfaat kepada semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: