Kelas Microsoft PowerPoint - Belajar Kata Nama
7 Febuari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 6 Febuari 2021, telah diadakan kelas belajar Microsoft PowerPoint bersama 5 orang pelajar dari sekolah rendah SK Kg Karangan bertempat di Bilik Latihan PIK Kg Karangan. Objektif kelas ini adalah untuk melatih para pelajar berkemahiran menggunakan Microsoft PowerPoint dengan lebih cekap dan seterusnya dapat meminimakan kesalahan ejaan dan memperbetulkan penggunaan simbol yang terdapat di dalam Microsoft PowerPoint. Pelajar diajar untuk menggunakan fungsi “SmartArt” yang terdapat di dalam Microsoft PowerPoint untuk mencipta sebuah carta ringkas dengan tajuk Kata Nama Khas.
Pada permulaan kelas, para pelajar diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi setiap simbol yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft PowerPoint. Seterusnya, pelajar diajar cara untuk memasukkan fungsi “SmartArt” bagi menghasilkan sebuah carta yang mengandungi maklumat tentang Kata Nama Khas. Daripada kelas yang diadakan, ianya dapat menambah ilmu pengetahuan pelajar tentang topik Kata Nama serta dapat menambah kemahiran pelajar dalam menggunakan Microsoft PowerPoint. Kakitangan PIK Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PIK Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: