Kelas Pembelajaran Atas Talian (Sains)
15 Febuari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 14 Febuari 2021, PIK Kg Karangan telah mengadakan kelas pembelajaran melalui permainan Kahoot iaitu secara atas talian bersama pelajar-pelajar sekolah rendah. Sesi pembelajaran ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada cara baru pembelajaran digital yang boleh diakses melalui peranti elektronik. Subjek kuiz Kahoot pada kali ini adalah Sains dengan tajuk Penyerapan.
Kahoot adalah platform pembelajaran berasaskan permainan, digunakan sebagai teknologi pendidikan yang sangat kreatif dan menarik. Permainan Kahoot diadakan untuk menarik minat peserta yang kurang berminat dengan aktiviti berasaskan kelas latihan. Melalui permainan Kahoot, mereka lebih teruja untuk belajar dan seterusnya juga mampu menarik ramai peserta untuk mengikuti kelas-kelas yang PIK anjurkan. Kakitangan PIK Kg Karangan mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PIK ini. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: