dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kenali Rakan Digital (RD) Pusat Ekonomi Digital

11 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2021, PEDi Kg Karangan telah mengadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi bual bicara bersama Rakan Digital (RD) Kg Karangan isitu saudari Nik Norfarahin Binti Nik Hassan berkenaan tajuk Kenali Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital . Sesi LIVE tersebut dikendalikan oleh Pengurus PEDi Kg Karangan iaitu saudari Aisha dan turut disertai bersama PEDi Repek, PEDi Lawang dan PEDi Batu Gajah.

Sesi LIVE kali ini adalah bertujuan untuk menerangkan berkenaan Rakan Digital yang baru diperkenalkan di bawah pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan melibatkan memperuntukkan RM200 juta untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta RM100 juta untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Rakan Digital berperanan untuk membantu usahawan tempatan bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan yang mengfokuskan perniagaan secara e-commerse iaitu pernigaan digital secara atas talian menggunakan platform Shopee. 600 Rakan PUPUK akan dilantik untuk ditugaskan di PEDi bagi membantu menyediakan program latihan keusahawanan serta bimbingan untuk golongan usahawan mikro khususnya di luar bandar.

Projek Rakan Dgital juga bakal mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang ramai sekali gus memperkasakan PEDi sebagai hab untuk melipat ganda usaha membimbing usahawan mikro di seluruh negara dan menjadikan PEDi sebagai balai raya moden PUPUK. Menjelang 2025, Rakan PUPUK(DIGITAL) akan diperluaskan di 873 PEDi di seluruh negara bagi menjayakan pelbagai program dengan bimbingan beberapa agensi antaranya Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, SME Corp dan Malaysia Network Information Centre (MYNIC).

Sesi LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut : FB Live

Semoga bermanfaat kepada semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.