Bual Bicara - Kesihatan Mental Kanak-Kanak Dan Ketagihan Gadjet
9 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 8 September 2021, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi bual bicara tentang Kesihatan Mental : Kanak-Kanak dan Ketagihan Gadjet, Bersama Puan Muzzeliana (Jurupulih Perubatan Cara Kerja Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai). Ketagihan gadjet dalam kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan tambahan pula di zaman pandemik kini kerana ianya telah mengekang aktiviti-aktiviti riadah yang boleh dilakukan di luar rumah seperti sebelum wabak Covid-19 muncul di dalam kehidupan dan persekitaran kita. Semoga perkongsian dan tips yang telah dibincangkan dapat memberi manfaat kepada semua. Sesi LIVE tersebut bersiaran dari PIK Chuchuh Puteri, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Pengurus PIK tersebut iaitu saudari Munirah dan turut disertai bersama PIK Kg Karangan, PIK Manek Urai, PIK Sg Petai dan PIK Batu 1. Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PIK masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut : FB Live
Semoga bermanfaat kepada semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: