Kelas Microsoft Word - Belajar Kata Nama
5 Febuari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 4 Febuari 2021, telah diadakan kelas belajar Microsoft Word bersama 3 orang pelajar dari sekolah rendah SK Kg Karangan bertempat di Bilik Latihan PIK Kg Karangan. Objektif kelas ini adalah untuk melatih para pelajar berkemahiran menggunakan Microsoft Word dengan lebih cekap dan seterusnya dapat meminimakan kesalahan ejaan dan memperbetulkan penggunaan simbol yang terdapat di dalam Microsoft Word. Pelajar diajar untuk menggunakan fungsi “SmartArt” yang terdapat di dalam Microsoft Word untuk mencipta sebuah carta ringkas dengan tajuk Kata Nama Khas.
Pada permulaan kelas, para pelajar diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi setiap simbol yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Seterusnya, pelajar diajar cara untuk memasukkan fungsi “SmartArt” bagi menghasilkan sebuah carta yang mengandungi maklumat tentang Kata Nama Khas. Setelah selesai membuat carta tersebut, para pelajar menyertai kuiz atas talian melalui permainan “Quiziz” dengan tajuk Kata Nama.
Daripada kelas yang diadakan, ianya dapat menambah ilmu pengetahuan pelajar tentang topik Kata Nama serta dapat menambah kemahiran pelajar dalam menggunakan Microsoft Word. Diharapkan supaya pelajar lebih berminat untuk menggunakan kemudahan IT dan ICT yang disediakan di PIK. Kakitangan PIK Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PIK Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: