dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas Asas Microsoft Excel Sambil Mengenal Komponen Komputer

15 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Karangan telah mengadakan kelas asas Microsoft Excel sambil mengenal jenis input dan output komponen komputer secara praktikal bersama peserta dari sekolah rendah SK Kg Karangan bertempat di Bilik Latihan PIK Kg Karangan. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer seperti MS Excel supaya pelajar mahir menggunakannya.

Daripasa kelas yang diadakan, para pelajar dapat menambah ilmu berkaitan ICT dimana mereka diperkenalkan dengan setiap jenis, nama dan fungsi komponen asas komputer yang sering digunakan sepanjang kelas berlangsung. Selain itu, mereka diajar cara untuk mencantikkan jadual yang telah dibuat dengan memasukkan warna dan menukar tulisan mengikut kreativiti masing-masing. Manfaatkan teknologi di hujung jari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.