Kelas Asas ICT - Cara Mengedit Dokumen PDF
6 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 5 Disember 2021, PEDi Kg Karangan telah mengikuti kelas asas ICT iaitu cara untuk mengedit dokumen PDF yang diadakan oleh staf PEDi Repek, dengan kerjasama bersama PEDi Batu Gajah dan PEDi Lawang. Kelas ini telah diadakan secara atas talian menggunakan platform laman Facebook rasmi PEDi Kg Karangan melalui aplikasi Streamyard. Kelas ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada penonton tentang cara mudah untuk mengisi maklumat pada dokumen PDF secara atas talian dan juga secara offline tanpa perlu mencetak dokumen berkenaan. Sesi ini telah berlangsung selama satu (1) jam bermula dari jam 10.40 pagi hingga 11.40 pagi yang telah dihoskan oleh Pengurus PEDi Repek, Siti Norbaya.
Portable Documen Format (PDF) bermaksud Format Dokumen Mudah Alih yang telah dibangunkan oleh Adobe Systems. Syarikat itu adalah pihak yang membangunkan perisian grafik popular seperti Photoshop dan Lightroom. Di dalam kelas ini, staf PEDi telah menunjukkan cara untuk memasukkan teks dan cara untuk memasukkan imej tandatangan ke dalam dokumen PDF yang diedit. Imej tandatangan perlu diambil terlebih dahulu menggunakan kertas putih kosong dan juga menggunakan pen hitam berdakwat basah/ cair. Kemudian, pengguna perlu mengambil gambar tersebut dan memuat naik ke dalam laptop/ komputer riba masing-masing atau juga boleh dimuat naik ke dalam tablet atau gajet masing-masing.
Pengguna boleh mengisi dokumen dengan lengkap sebelum menyimpan dokumen yang telah diedit seperti biasa. Pihak PEDi berharap kelas ini akan dapat membantu para pelajar dan pengguna lain yang tidak mahir dalam mengedit dokumen PDF supaya akan dapat memudahkan urusan. Pihak PEDi Kg Karangan sangat berharap agar komuniti setempat berminat untuk mempelajari ilmu ICT secara bijak dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini pihak PEDi Kg Karangan di media sosial rasmi PEDi Kg Karangan agar ilmu ICT dan lain-lain maklumat yang disampaikan dapat diketahui dan disebarkan kepada komuniti dan masyarakat. Saksikan sesi LIVE tersebut yang dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut : FB LIVE
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: