Bicara KDB - Body Shaming (Ejekan Badan)
8 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 7 Disember 2021, PEDi Kg Karangan telah bekerjasama dengan PEDi Batu Gajah, PEDi Repek dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian LIVE di Facebook untuk bual bicara Klik Dengan Bijak (KDB) bagi mengupas tentang tajuk “Body Shaming” atau ejekan badan, melalui aplikasi Streamyard dan dikendalikan oleh Puan Amnina dari PEDi Lawang. Body shaming ialah tindakan mencemuh atau mempersenda penampilan fizikal seseorang. Ianya adalah suatu perilaku memalukan seseorang dengan memberikan kritikan negatif tentang tubuh badan serta fizikal mangsa. Body shaming kadang-kadang dilakukan oleh orang-orang terdekat dan ianya sering kali dianggap biasa dalam kalangan masyarakat. Sebaliknya, body shaming sebenarnya banyak memberi kesan negatif kepada mangsanya.
Seringkali, pelaku body shaming tidak sedar bahawa mereka sudah melakukan perilaku tersebut. Pelaku sering mengkritik dan mengulas bentuk badan orang gemuk dan berselindung di sebalik perkataan "bergurau" untuk meneutralkan tingkah laku negatif mereka. Hal ini kadang-kadang memberi kesan negatif kepada mangsa tanpa pelaku sedar. Ianya boleh menyebabkan mangsa hilang keyakinan diri dan meningkatkan ketidakpuasan imej dan tubuh badan mangsa.
Oleh kerana itu, mangsa akan menjadi tidak selesa untuk bergaul dengan orang lain dan akan merasa malu serta rendah siri dengan penampilan diri sendiri. Hal ini boleh meningkatkan risiko untuk mangsa mengalami kemurungan. Pada siaran kali ini pihak PEDi menegaskan kita hendaklah berhati-hati agar kita tidak menyinggung perasaan sesiapa tanpa kita sedari dan secara tidak langsung melakukan body shaming kepada seseorang. Justeru itu kita perlu membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul. sesi LIVE tersebut yang dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut : FB Live
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: