dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Bual Bicara - Covid-19 dan Cabaran Kesihatan

13 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2021, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi bual bicara tentang Covid-19 dan Cabaran Kesihatan Bersama Dr. Norrita (Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Manek Urai, KKMU). Jelas sekarang Covid-19 memberikan impak yang sangat besar terhadap sistem kesihatan semua peringkat umur termasuk kanak-kanak, belia remaja, dewasa dan warga emas. Jadi, untuk mengekalkan kesihatan individu terjamin daripada terdedah kepada sebarang virus berbahaya termasuk Covid-19, pelbagai aspek harus dijaga dengan teliti dan dititikberatkan. Sesi LIVE tersebut bersiaran dari PIK Chuchuh Puteri, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Pengurus PIK tersebut iaitu saudari Munirah dan turut disertai bersama PIK Kg Karangan, PIK Cherang Ruku, PIK Kg Baru Gua Musang dan PIK Batu 1. Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PIK masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut : FB Live

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua yang menonton.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.