dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas Melukis Digital (Auto Draw)

25 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mac 2021, telah diadakan kelas belajar melukis menggunakan komputer melalui pautan berikut (https://www.autodraw.com/). Kelas ini diadakan selama satu jam bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Karangan bersama 4 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer untuk dipraktikkan atau digunakan pada masa akan datang.

Antara kelebihan yang diperoleh daripada aktiviti ini adalah:

  • Mencungkil dan mengasah bakat kreativiti dalam diri peserta/ murid.
  • Memupuk disiplin diri untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan.
  • Menarik minat peserta untuk mengetahui lebih lanjut akan kelebihan penggunaan laman web tersebut.
  • Melatih peserta supaya lebih berkemahiran menggunakan perisian dalam komputer.
  • Memberi lebih pendedahan dan kemahiran baru kepada peserta berkenaan IT dan ICT yang boleh digunakan dalam perkembangan pembelajaran peserta pada masa akan datang.

Daripada kelas yang diadakan ini, diharapkan supaya pelajar lebih berminat untuk menggunakan kemudahan IT dan ICT yang disediakan di pusat internet. Kakitangan PIK Kg Karangan amat mengalukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PIK Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.