Kelas Asas ICT – Cara Membuat Palang Pada Sijil atau Dokumen
6 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 5 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Karangan telah mengadakan kelas Latihan Asas ICT iaitu kelas berkenaan cara untuk membuat palang pada sijil atau dokumen melalui aplikasi streamyard live di facebook PIK Kg Karangan. Kelas ini disertai oleh pengurus PIK Repek, PIK Lawang, PIK Batu Gajah dan PIK Selising.
Kelas ini adalah bertujuan untuk menambah ilmu dan kemahiran peserta serta penonton tentang cara mudah untuk membuat palang pada dokumen bagi penggunaan penting bagi mengelakkan penyalahgunaan dokumen individu seperti kad pengenalan dan sijil-sijil penting oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Pada permulaan, pengajar menunjukkan cara untuk membuat palang dalam Ms PowerPoint dan menukarkan ia kepada bentuk gambar dan kemudian membuka aplikasi dalam pelayar Google untuk mengedit dokumen sijil yang telah disimpan dalam bentuk PDF iaitu menggunakan aplikasi SEJDA ( https://www.sejda.com/ ) yang merupakan aplikasi mesra pengguna dimana sangat mudah untuk menggunakannya.
Kelas ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi streamyard live di facebook kerana keadaan semasa yang tidak menggalakkan mengadakan kelas secara fizikal bagi membendung wabak Covid-19. Pihak PIK berharap dengan kelas ini akan dapat membantu para pelajar dan pengguna lain yang tidak mahir dalam membuat palang pada dokumen mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: