Bual Bicara KDB - Risiko Pembelian Secara Dalam Talian
5 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 04 Oktober 2021, PIK Kg Karangan telah menyertai sesi Live Bersama PIK Repek dengan kerjasama PIK Lawang, PIK Batu Gajah dan PIK Selising dalam satu sesi perkongsian Klik Dengan Bijak dengan topik ‘Risiko Pembelian Secara Dalam Talian’. Tajuk kali ini dipilih kerana pembelian secara atas talian merupakan platform utama yang menjadi pilihan ramai pembeli ketika musim pandemik Covid-19 melanda negara bermula pada awal tahun lepas.
Internet telah mengubah semua bidang pasaran, dan salah satu bidang yang paling penting adalah perniagaan dalam talian. Inilah sebabnya mengapa ia telah menjadi semakin popular dan kita dapat membeli semua benda secara dalam talian tidak mengira waktu dan di mana sahaja. Kita boleh menggunakan telefon pintar sambil menonton TV untuk merancang percutian, membeli-belah, memesan makanan di rumah, dan menempah tiket. Walaupun begitu, kadang-kadang tidak semuanya indah kerana pembeli juga harus menyedari risiko di atas setiap perkara atau transaksi yang dilakukan secara atas talian.
Justeru itu pihak PIK menekankan bahawa semua pihak haruslah bijak memainkan peranan dalam perkembangan teknologi masa kini agar ia memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Jadi, kita haruslah menjadi pembeli serta pengguna yang bijak dan pengguna yang bermotivasi dalam apa jua perkembangan teknologi masa kini. Saksikan sesi LIVE tersebut yang dikongsikan di laman Facebook rasmi PIK masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PUSATINTERNETKOMUNITIKGREPEK/videos/915974099328692
Semoga bermanfaat kepada semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: