Mengenal Microsoft Office - Belajar Menaip
6 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 5 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Karangan telah mengadakan kelas latihan Microsoft Office Word selama 1 jam bertempat di PIK Kg Karangan. Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar supaya mahir menggunakan MS Word dan melatih untuk menaip dengan cepat dan betul.
Melalui kelas ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk menggunakan Microsoft word dengan cara yang betul. Diharapkan supaya pelajar lebih berminat untuk menggunakan kemudahan IT dan ICT yang disediakan di pusat internet komuniti ini. Kakitangan PIK Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PIK.
#ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: