Kelas Ihya Ramadhan 2021
29 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 28 April 2021, bersempena bulan Ramadhan yang tiba, telah diadakan kelas pembelajaran santai bertajuk Ihya Ramadhan & Sekolah Ramadhan bertempat di Bilik Latihan PIK Kg Karangan menerusi permainan Kahoot. Sesi pembelajaran ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada cara baru pembelajaran digital yang boleh diakses melalui peranti elektronik.
Melalui permainan Kahoot, pelajar lebih teruja untuk belajar dan mengikuti kelas-kelas yang PIK anjurkan dan seterusnya dapat menambah ilmu asas Bahasa Inggeris pelajar melalui kuiz secara atas talian. Kahoot adalah platform pembelajaran berasaskan permainan, digunakan sebagai teknologi pendidikan yang sangat kreatif dan menarik.
Diharapkan supaya para pelajar mendapat manfaat daripada kelas yang diadakan. Kakitangan PIK Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PIK Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: