Bual Bicara – Tips & Teknik Lakon Untuk Pengucapan Yang Berkesan
27 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 26 Disember 2021, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi bual bicara bersama tetamu undangan, Encik Zamri yang lebih dikenali dengan nama pentas Malauazam Mohamad seorang Pengarah Teater, Pelakon Teater, Jurulatih Teater, Penggiat Seni & Usahawan Percetakan dan Penerbitan Video bagi menceritakan pengalaman serta tip dan teknik lakon untuk pengucapan yang berkesan.
Sesi bual bicara tersebut bersiaran dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Penolong Pengurus PEDi tersebut iaitu saudari Anis dan turut disertai bersama staf PEDi Kg Karangan, PEDi Sg Petai, PEDi Chuchuh Puteri dan PEDi Batu 1. Sesi LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PIKManekUrai/videos/445929140462862
Encik Malauazam turut berkongsi berkenaan permulaan kerjaya beliau sebagai pelakon dan pengarah teater. Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan atau ingin mengikuti perkembangan beliau di laman Facebook, boleh mengikuti Encik Malauazam di pautan berikut :
https://www.facebook.com/MalauazamMohamadChannel/
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada semua yang menonton terutamanya kepada mereka yang berminat dan berbakat dalam bidang pengucapan dan lakonan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: