dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Sesi Perkongsian - 'Wanita, Remaja, dan ICT: Ke Arah Masa Depan yang Cerah'

1 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 30 April 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Karangan telah menyertai sesi perkongsian melalui platform dalam talian: Zoom Meeting, bertajuk 'Wanita, Remaja, dan ICT: Ke Arah Masa Depan yang Cerah' anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang dilangsungkan bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girl's in ICT 2021, iaitu program tahunan yang diadakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 10 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia.

Objektif program ini adalah untuk:

  • Menonjolkan pencapaian belia wanita dan remaja dalam bidang ICT di Malaysia.
  • Memperkasakan belia wanita dan remaja untuk terlibat dan menyumbang dalam bidang ICT.
  • Memperkasakan kaum lelaki terutamanya bapa, abang atau adik lelaki, bapa saudara, suami, dan rakan-rakan untuk menyokong dan mendorong belia wanita dan remaja dalam keluarga dan komuniti mereka supaya menceburi bidang ICT sama ada sebagai pengamal atau ahli profesional.
  • Membincangkan cabaran yang dihadapi oleh ahli profesional dan pengamal ICT di kalangan wanita dan cara mereka mengatasinya.

#pikkgkarangan #KlikDenganBijak #MalaysiaICTVolunteer #GirlsinICT #MYGICT21

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.