Perkongsian Tip Menjadi Usahawan Atas Talian
27 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 26 November 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Karangan dengan kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Repek telah mengikuti satu sesi perkongsian live bersama PEDi Lawang di Facebook yang menggunakan aplikasi Streamyard dengan tajuk Tip Menjadi Usahawan Atas Talian. Internet telah mengubah semua bidang pasaran, dan salah satu bidang yang penting pada masa kini adalah perniagaan secara atas talian. Justeru itu, pada siaran kali ini pihak PEDi berkongsi sedikit tip menjadi seorang usahawan atas talian. Di musim endemik Covid-19 yang masih belum berakhir, para usahawan haruslah bijak mengambil peluang dengan mempromosikan perniagaan mereka secara atas talian di platform-platform media social yang popular untuk membantu perniagaan mereka supaya dapat kekal bersaing.
Individu yang ingin menjadi usahawan dan ingin memulakan perniagaan perlulah bijak mengorak langkah dengan mencari ilmu berkenaan perniagaan terlebih dahulu dengan membuat kajian tentang perniagaan yang ingin mereka jalankan. Para usahawan juga perlu bijak memanfaatkan media sosial sebagai medium perniagaan mereka, mereka perlu tahu cara promosi, sasaran umur dan waktu yang sesuai untuk mempromosikan produk supaya iklan dan promosi yang dijalankan mendapat perhatian pengguna media sodial. Pihak PEDi berharap, perkongsian ini akan dapat membantu masyarakat yang ingin memulakan perniagaan tetapi tidak yakin dengan keupayaan sendiri agar dapat mulakan langkah pertama dengan menjadi menjadi Dropship ataupun ejen terlebih dahulu. Selain itu juga mereka boleh memulakan perniagaan mereka dengan memilih jenis perniagaan yang tidak menggunakan modal yang besar iaitu membuat servis perkhidmatan seperti perkhidmatan membersihkan rumah, servis melipat pakaian ataupun servis memotong rumput dengan mengiklankan perkhidmatan yang dilakukan secara atas talian sahaja.
Kakitangan PEDi Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang berminat untuk menyertai kelas ICT secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PEDi. Semoga penonton mendapat manfaat daripada perkongsian pada siaran kali ini. Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PEDiLawang/videos/588452099055636
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: