dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Bual Bicara - Keselamatan Ketika Banjir

25 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2021, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi perkongsian bual bicara mengenai Keselamatan Ketika Banjir bersama Tuan Mohd Zamri bin Abdul Ghani yang merupakan Ketua Balai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Pahang.

Antara tajuk yang dikupas dalam sesi tersebut adalah berkenaan dengan keselamatan sewaktu banjir, pengurusan banjir yang selamat, SOP norma baharu di pusat pemindahan banjir, keperluan yang ada sewaktu banjir dan banyak lagi.

Sesi bual bicara tersebut bersiaran dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Penolong Pengurus PEDi tersebut iaitu saudari Anis dan turut disertai bersama staf PEDi Kg Karangan, PEDi Chuchuh Puteri dan PEDi Batu 1. Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PIKManekUrai/videos/215215297311319

Semoga bermanfaat kepada semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.