Bicara Pagi – Penamatan Perkhidmatan Rangkaian 3G
27 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Karangan dengan kerjasama 3 buah Pusat Internet Komuniti (PIK) iaitu PIK Lawang, PIK Batu Gajah dan PIK Karangan telah mengadakan live di Facebook menggunakan aplikasi Streamyard berkenaan Penamatan Perkhidmatan Rangkaian 3G yang telah dihoskan oleh Pengurus PIK Lawang iaitu Puan Amnina melalui aplikasi streamyard live di facebook PIK Lawang. Sesi LIVE kali ini berlangsung pada pukul 10.00 pagi. Bicara pagi ini dijalankan bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat berkaitan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021 dan akan digantikan dengan liputan rangkaian 4G yang akan diperluaskan bagi memberi kelajuan yang lebih tinggi.
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang masih menggunakan telefon 3G disarankan untuk menaik taraf alat telekomunikasi masing-masing kepada peranti yang boleh menyokong rangkaian 4G dengan segera sebelum perkhidmatan 3G ini ditamatkan. Antara faedah yang akan diperolehi adalah seperti pengalaman melayari internet yang lebih baik, menonton video dan muzik dengan lebih lancer serta talian telekomunikasi yang lebih baik tanpa sekatan atau gangguan.
Pihak PIK sangat berharap agar perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada masyarakat di luar sana. Kami akan sentiasa berkongsi dan menyediakan kepelbagaian aktiviti seperti Bual Bicara (Talk Show) berkaitan dengan ICT/Digital, Video Usahawan dan juga tutorial atau demonstrasi berkaitan dengan ICT dan juga digital. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan aktiviti yang PIK Kg Karangan sediakan boleh lawati dan ikuti page media sosial PIK Kg Karangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: