Perkongsian Ceramah Maulidur Rasul Sempena Sambutan Bulan Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
19 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Karangan telah mengadakan perkongsian ceramah berkenaan Maulidur Rasul sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. pada 12 RabiulAwal 1443H. Tayangan ceramah ini diadakan secara live di Facebook Page PIK Kg Karangan dengan kerjasama PIK Lawang, PIK Repek dan PIK Batu Gajah bersumberkan ceramah daripada saudara Syamsul Debat yang dikongsi secara terus daripada “Youtube”.
Sesungguhnya kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW adalah merupakan titik tanda kelahiran agama. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-bethala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya llahi. Islam yang kemudiannya telah membawa rahmat kepada sekalian alam. Mesej kerahmatan untuk sekalian alam menandakan bahawa Islam datang dengan mesej kesejagatan, laitu sebagal agama yang tidak semata-mata untuk satu kaum, bangsa atau sesebuah kawasan. Melalui mesej kesejagatan ini sahaja jika diperhalusi sudah memadai untuk kita meyakini akan kebenaran agama Islam ini.
Antara intipati ceramah yang telah disampaikan adalah pesanan untuk sekalian umat Nabi Muhammad S.A.W. supaya sentiasa berzikir dan beribadat kepada Allah dan sentiasa membaca Al-Quran. Saudara Samsul Debat juga turut menyampaikan amanat terakhir Rasulullah di saat hujung riwayatnya iaitu supaya umatnya sentiasa menunaikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat serta menunaikan haji jika berkemampuan. Program ini diadakan secara dalam talian kerana keadaan semasa di mana kita masih lagi berdepan dengan situasi pendemik Covid19 dan semua aktiviti masih dijalankan secara dalam talian bagi membendung penularan wabak Covid19 ini.
Sesi LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PIK Kg Karangan yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/pusatinternetkomunitikgkarangan/videos/1017900675724990 .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: