Perkhidmatan Pergigian Dan Peranan Masyarakat
22 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2021, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi perkongsian bual bicara tentang Perkhidmatan Pergigian Dan Peranan Masyarakat bersama Dr. Arfah Syaziyyah Mohd Yassin (Pegawai Pergigian, Klinik Pergigian Manek Urai).
Dr Arfah menerangkan tentang klinik pergigian kerajaan termasuk perkhidmatan yang disediakan, golongan sasaran dan juga organisasi sesebuah klinik pergigian kerajaan. Selain itu, Dr Arfah juga menjelaskan secara terperinci berkenaan gigi serta penyakit berkaitan gigi dan mulut. Di akhir bicara, Dr Arfah berkongsi nasihat dan peranan masyarakat dalam memberi kesedaran bahawa penjagaan dan kebersihan gigi adalah penting dalam kehidupan seharian kita kerana ia boleh memberi kesan yang buruk jika tidak dijaga dengan betul.
Sesi LIVE tersebut bersiaran dari PIK Chuchuh Puteri, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Pengurus PIK tersebut iaitu saudari Munirah dan turut disertai bersama PIK Kg Karangan, PIK Kg Baru Gua Musang, PIK Felda Tenang dan PIK Batu 1. Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PIK masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PusatInternetKomunitiChuchuhPuteri/videos/2658860094419196
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua penonton dan pengguna Facebook.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: