dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas Mendaftar Akaun Gmail & Canva

26 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Februari 2021, telah diadakan kelas mendaftar akaun Gmail dan juga akaun Canva bersama 3 orang pelajar sekolah menengah. Kelas ini diadakan selama satu jam bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg Karangan. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi panduan kepada pelajar bagi mendaftar akaun Gmail rasmi untuk kegunaan urusan persekolahan. Selain itu, pelajar turut diberi pendedahan tentang kegunaan dan kepentingan email dalam urusan pembelajaran dan pekerjaan.

Gmail adalah surat elektronik (emel) milik Google dan juga mengaplikasi teknologi pencarian Google yang memudahkan penggunanya mencari sesuatu dari email mereka. Sebagai tambahan, dengan menggunakan akaun email yang baru didaftarkan, pelajar diajar cara untuk mendaftar akaun Canva, iaitu sebuah platform reka bentuk grafik, digunakan untuk membuat grafik media sosial, persembahan, poster, dokumen dan kandungan visual lain. Seterusnya, para pelajar diberi masa untuk belajar menggunakan aplikasi tersebut dengan mencipta sebuah poster bebas. Diharapkan semua pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dikongsikan untuk kegunaan masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.