dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas Asas Microsoft Excel

23 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2021, Pusat Ekonomi Digital atau ringkasannya PEDi yang dulu dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Karangan telah mengadakan kelas asas Microsoft Excel bersama PEDi Repek, PEDi Batu Gajah dan PEDi Lawang. Kelas ini telah diadakan secara atas talian menggunakan platform rasmi PEDi Kg Karangan dengan menggunakan aplikasi Streamyard. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer seperti MS Excel supaya penonton tahu cara untuk menggunakan MS Excel.

Petugas PEDi Kg Karangan telah berkongsi cara untuk menukar nama atau ayat yang ditulis menjadi huruf besar, huruf kecil ataupun ‘proper’. Selain itu, petugas juga menunjukkan cara untuk membuat dropdown list di column, cara untuk mengira jumlah terkumpul atau jumlah kumulatif dengan menggunakan fungsi sum dan juga membuat formula secara manual. Petugas juga berkongsi cara untuk memasukkan kotak ke dalam kerja yang dilakukan, cara untuk ‘highlight’ baris atau ‘row’ dan juga ‘column’ serta cara untuk ‘highlight’ semua kerja yang dilakukan untuk membuat sesuatu formula atau pengemaskinian.

Kakitangan PEDi Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas ICT secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PEDi tersebut. Semoga penonton mendapat manfaat daripada perkongsian yang dibuat pada hari ini. Saksikan sesi LIVE tersebut yang dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PEDikgkarangan/videos/377896537452833

Semoga bermanfaat kepada semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.