dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Bual Bicara KDB – Melindungi Anak Anda Di Internet

22 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 November 2021, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi perkongsian bual bicara Klik Dengan Bijak (KDB) tentang tajuk Melindungi Anak Anda Di Internet sebagai panduan kepada ibu bapa secara khususnya.

Sesi bual bicara KDB tersebut bersiaran dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Penolong Pengurus PEDi tersebut iaitu saudari Anis dan turut disertai bersama staf PEDi Kg Karangan, PEDi Chuchuh Puteri dan PEDi Batu 1. Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PIKManekUrai/videos/4862155933819279

Antara tajuk yang dikupas dalam sesi tersebut adalah berkenaan dengan Risiko Utama Kanak-kanak di Internet, Reputasi Digital, Buli Siber, Pengantunan Seksual Dalam Talian dan juga Peranan Ibu Bapa dan Penjaga supaya dapat memastikan keselamatan anak-anak mereka di dunia siber terjaga dan dalam kawalan.

Semakin ramai ibu bapa yang memberikan anak mereka akses kepada Internet melalui pelbagai peralatan seperti komputer, tablet, atau telefon pintar. Anak-anak ini selalunya bersendirian semasa melayari dunia siber tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga dan tidak perlu mengikuti apa-apa peraturan berkaitan penggunaan Internet. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa bagi memastikan anak mereka selamat dan menikmati pengalaman yang menyeronokkan di Internet. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada semua yang menonton terutamanya kepada para ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih memerlukan pengawasan yang tegas dalam menggunakan Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.