Tutorial Edit Gambar dan Poster Menggunakan Canva
21 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2021, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi perkongsian ringkas menyunting gambar dan poster menggunakan Canva. Sesi LIVE tersebut bersiaran dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Karangan yang dikendalikan oleh Penolong Pengurus PEDi tersebut iaitu saudari Nazira dan turut disertai oleh saudari Akma dari PEDi Chalil, saudari Amalina dari PEDi Jeram dan juga dari PEDi Bukit Tandak, saudari Rohaida dan Farah. Sesi tutorial tersebut telah dikongsikan oleh saudari Nazira yang berkongsi cara mudah menggunakan Canva bagi menghasilkan sebuah poster dan gambar iklan yang menarik.
Tujuan sesi tutorial ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan perkongsian ilmu berkaitan dengan cara untuk menghasilkan poster dengan menggunakan aplikasi Canva.com. Canva adalah alat yang dimuatkan dengan ciri-ciri dan fungsi yang mudah digunakan dan mudah digunakan oleh sesiapa sahaja yang boleh membuat pelbagai kandungan menarik yang dapat dikongsi. Sesi Live ini turut dikongsi di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PEDikgkarangan/videos/245572890909786
Semoga perkongsian santai ini dapat dimanfaatkan oleh semua dalam mencari idea-idea kreatif khususnya dalam penghasilan bahan iklan produk masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: