dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Temubual Pusat Internet Komuniti Bersama Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Kelantan

24 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2021, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi perkongsian temubual PIK bersama Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Kelantan bertajuk Kawalan Keselamatan di Rumah di Musim PKP dan Peranan JBPM Sebagai Barisan Hadapan Yang Bersama Menangani Wabak Covid 19. Penceramah jemputan pada sesi tersebut merupakan Penolong Penguasa Bomba yang juga bertugas sebagai Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai iaitu Encik Muhammad Rizwan Ar-rafee Bin Parsimin.

Sesi LIVE tersebut bersiaran dari PIK Kg Karangan, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Pengurus PIK sendiri iaitu saudari Aisha dan turut disertai oleh saudari Amnina dari PIK Lawang, saudari Norbaya dari PIK Repek dan saudari Hanani dari PIK Batu Gajah. Sesi bual bicara tersebut turut dikongsikan di laman Facebook rasmi PIK masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut : https://www.facebook.com/873637319385374/videos/938162923407501

Semoga memberi info berguna kepada semua penonton.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.