dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas Pembelajaran Bahasa Inggeris (Permainan Kahoot)

1 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Mac 2021, telah diadakan kelas pembelajaran Bahasa Inggeris bertempat di Bilik Latihan PIK Kg Karangan. Sesi pembelajaran ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada cara baru pembelajaran digital yang boleh diakses melalui peranti elektronik.

Melalui permainan Kahoot, pelajar lebih teruja untuk belajar dan mengikuti kelas-kelas yang PIK anjurkan dan seterusnya dapat menambah ilmu asas Bahasa Inggeris pelajar melalui kuiz secara atas talian. Kahoot adalah platform pembelajaran berasaskan permainan, digunakan sebagai teknologi pendidikan yang sangat kreatif dan menarik.

Diharapkan supaya para pelajar mendapat manfaat daripada kelas yang diadakan. Kakitangan PIK Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PIK Kg Karangan.

#ManfaatkanTeknologiDiHujungJari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.