dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Bual Bicara – Kerjaya Seorang Jurugambar

17 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2021, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi bual bicara bersama tetamu undangan, Encik Atan Mukri seorang jurugambar atau fotografer profesional untuk perkongsian tentang kisah kejayaan beliau sebagai seorang jurugambar.

Sesi bual bicara tersebut bersiaran dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Pengurus PEDi tersebut iaitu saudari Izzati dan turut disertai bersama staf PEDi Kg Karangan, PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri dan PEDi Batu 1. Video LIVE tersebut dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut : https://www.facebook.com/PIKManekUrai/videos/611624856728740

Antara perkara yang telah dikongsikan oleh Encik Atan adalah berkenaan permulaan kerjaya beliau sebagai seorang jurugambar dan kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang jurugambar profesional. Selain itu, Encik Atan turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang berkecimpung dalam bidang fotografer, pahit manis mengendalikan client atau pelanggan serta pendapat beliau tentang kepentingan media sosial kepada seorang jurugambar. Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan beliau boleh menghubungi nombor telefon (019-9227615) atau mengikuti perkembangan di laman Facebook Encik Atan di pautan berikut : https://www.facebook.com/atan.mukri

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada semua yang menonton terutamanya kepada mereka yang beminat dalam bidang mengambil gambar seterusnya dapat mengembangkan bakat yang dimiliki.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.