dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Membuat Poster & Sticker Kemerdekaan Menggunakan postermywall.com

14 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Ogos 2021, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi tutorial membuat poster dan sticker kemerdekaan menggunakan postermywall.com di pautan berikut (https://www.postermywall.com/). Sesi LIVE tersebut bersiaran dari PIK Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan yang dikendalikan oleh Pengurus PIK tersebut iaitu saudari Izzati dan turut disertai bersama PIK Kg Karangan dan PIK Kesedar Jeram Tekoh.

Sesi tutorial ini membawa tema kemerdekaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. Tema Hari Kemerdekaan yang dipilih pada tahun ini adalah Malaysia Prihatin iaitu tema yang sama tahun lepas dan dikekalkan untuk tahun ini seperti diumumkan oleh KKMM iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia , Datuk Saifuddin Abdullah.

Sesi LIVE tersebut turut dikongsikan di laman Facebook rasmi PIK masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut : https://www.facebook.com/PIKManekUrai/videos/4856398631039292

Semoga memberi info berguna kepada semua penonton.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.