Kelas Microsoft Word – Bina Carta Organisasi
14 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mac 2021, telah diadakan kelas belajar Microsoft Word bersama 4 orang pelajar dari SMK Laloh bertempat di Bilik Latihan PIK Kg Karangan. Objektif kelas ini adalah untuk melatih para pelajar supaya mahir menggunakan Microsoft Word dengan lebih cekap dan seterusnya dapat meminimakan kesalahan ejaan dan memperbetulkan penggunaan simbol yang terdapat di dalam Microsoft Word. Pelajar diajar untuk menggunakan fungsi “SmartArt” yang terdapat di dalam Microsoft Word untuk membina sebuah carta organisasi di dalam kelas.
Pada permulaan kelas, para pelajar diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi setiap simbol yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Seterusnya, pelajar diajar cara untuk memasukkan fungsi “SmartArt” bagi menghasilkan sebuah carta organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Setiausaha, Bendahari dan AJK yang berkenaan. Tambahan, pelajar diajar cara untuk menukar warna serta tulisan carta tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
Diharapkan supaya pelajar lebih berkemahiran untuk menggunakan perisian di dalam komputer seperti Microsoft Word pada masa hadapan samada untuk tujuan pembelajaran dan sebagainya. Kakitangan PIK Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PIK Kg Karangan.
#ManfaatkanTeknologiDiHujungJari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: