Kelas ICT – Edit Video Menggunakan Aplikasi Capcut
11 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Oktober 2021, telah diadakan siaran langsung “LIVE” menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi sesi tutorial edit video menggunakan aplikasi Capcut. Sesi LIVE tersebut bersiaran dari PIK Repek, Pasir Mas, Kelantan yang dikendalikan oleh Penolong Pengurus PIK tersebut iaitu saudari Aina Syamimi binti Che Hassan dan turut disertai bersama PIK Kg Karangan, PIK Batu Gajah dan PIK Lawang. Capcut adalah aplikasi Android yang membolehkan anda membuat klip video pendek atau membuat animasi. Umum mengetahui penggunan aplikasi seperti ini banyak membantu pengguna menghasilkan video yang lebih menarik dan kreatif selain menjimatkan masa pengguna.
Aplikasi Capcut merupakan satu aplikasi yang menyediakan pelbagai template pilihan kepada pengguna untuk membuat video. Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan tmplate ‘new design’ kepada pengguna yang boleh digunakan untuk membuat video sendiri dengan kreativiti dan idea sendiri menggunakan kemudahan yang disediakan seperti ‘remove background video atau gambar’, emoji dan stiker yang menarik seperti whattsap,Instagram,subscribed dan lain-lain yang memudahkan lagi pengguna tanpa perlu memuat turun stiker daripada aplikasi lain terlebih dahulu, memasukkan elemen ‘effect’ untuk setiap video daan gambar, menawarkan pelbagai pilihan filter serta boleh memilih warna atau gambar baru bagi background gambar dan video . Aplikasi ‘Capcut’ juga menyediakan lebih dari satu pilihan lagu-lagu yang merangkumi lagu-lagu terkini dan muzik instumental dan rekod pilihan suara yang terus boleh digunakan.
Melalui perkongsian tersebut, pihak PIK Kg Karangan melihat aplikasi ini merupakan satu aplikasi yang sangat menarik dan boleh boleh membantu usahawan-usahawan dan juga individu untuk menghasilkan video. Pihak PIK Kg Karangan sangat berharap para komuniti setempat untuk mempelajari ilmu ICT secara bijak dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini pihak PIK Kg Karangan di media sosial rasmi PIK Kg Karangan agar ilmu-ilmu ICT dan lain-lain maklumat yang disampaikan dapat diketahui dan disebarkan kepada komuniti dan masyarakat.
Saksikan sesi LIVE tersebut yang dikongsikan di laman Facebook rasmi PIK masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PUSATINTERNETKOMUNITIKGREPEK/videos/368056225007891
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: