Kelas Asas Animasi Bergerak Menggunakan Microsoft PowerPoint
14 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Januari 2021, telah diadakan kelas asas membuat animasi bergerak menggunakan Microsoft PowerPoint bersama 3 orang pelajar dari sekolah rendah SK Kg Karangan bertempat di Bilik Latihan PIK Kg Karangan. Objektif kelas ini adalah untuk memberi panduan kepada peserta tentang cara asas untuk menghasilkan animasi bergerak hanya dengan menggunakan MS PowePoint. Peserta diajar untuk menggabungkan beberapa jenis bentuk (Shapes) yang terdapat diadalam MS PowerPoint bagi membentuk atau menghasilkan suatu karakter seperti melukis bas, kereta dan pokok serta jalan raya.
Seterusnya, peserta diajar cara untuk mengaturcara bagi menjadikan karakter yang dilukis di dalam MS Powerpoint dapat bergerak dan menghasilkan sebuah animasi pendek. Daripada kelas yang diadakan, dapat menambah kemahiran peserta untuk menggunakan perisian dalam komputer seperti MS PowerPoint. Diharapkan supaya peserta lebih berminat untuk menggunakan kemudahan IT dan ICT yang disediakan di PIK. Kakitangan PIK Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran peserta yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PIK Kg Karangan.
#ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: