dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas ICT – Microsoft Word Bersama Pelajar Tahun 6

7 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 November 2020, Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Karangan telah mengadakan kelas latihan Microsoft Office Word bersama-sama pelajar Tahun 6 SK Kg Laloh bertempat di Bilik Latihan PIK Kg Karangan. Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar supaya mahir menggunakan MS Word bagi menyiapkan tugasan Buku Skrap subjek Bahasa Inggeris.

Di permulaan, pengajar memberi penerangan ringkas tentang panduan menggunakan Microsoft Word berserta cara-cara membuat buku skrap melalui video di YouTube. Mereka diajar cara untuk mencari maklumat tentang tajuk buku skrap masing-masing iaitu tentang “Animals” “Fruits” dan “State Monument”. Seterusnya, mereka diajar cara untuk memasukkan maklumat berserta gambar yang diambil di internet ke dalam Microsoft Word dan kemudian mencetak dokumen tersebut bagi menyiapkan buku skrap masing-masing. Kakitangan PIK Kg Karangan sangat berharap memalui kelas ini dapat membantu para pelajar menyiapkan tugasan sekolah serta dapat menambah ilmu pengetahuan tentang ICT. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.