dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas ICT Microsoft Word

18 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet (PI) Kampung Karangan telah mengadakan kelas latihan menaip menggunakan Microsoft Word bersama-sama pelajar sekolah rendah dan menengah pada 17 Julai 2020. Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar supaya berkemahiran menaip dengan laju, pantas dan cekap sekaligus mengurangkan kesalahan ejaan dan sebagainya. Selain itu, turut diadakan sesi pembelajaran melalui permainan Kahoot dengan tajuk Sunat Jumaat dan Celik Jawi.

Di permulaan, pengajar memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan panduan menggunakan Microsoft Word berpandukan contoh yang dipaparkan di skrin utama dan seterusnya diberi tugasan untuk menaip artikal dalam masa yang ditetapkan. Setelah selesai, para pelajar menyertai permainan Kahoot yang mengandungi 40 soalan berkenaan dua tajuk tersebut. Kelas ini secara tidak langsung memberi keseronokan kepada mereka untuk menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.