dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Belajar Sambil Mengenal (Microsoft Word)

7 Febuari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Febuari 2020, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan kelas latihan menaip bersama pelajar sekolah. Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar supaya berkemahiran menaip dengan laju dan cekap sekaligus mengurangkan kesalahan ejaan dan sebagainya. Selain dapat memupuk sikap fokus dalam diri, mereka mengenal setiap nama dan fungsi peranti komputer termasuk peranti input, output dan peranti storan berserta contoh alat tersebut seperti tetikus, papan kekunci, projector dan kad memori.

Daripada kelas yang diadakan ini, diharapkan supaya pelajar lebih berminat untuk menggunakan kemudahan IT dan ICT yang disediakan di pusat internet. Kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.