Menulis Surat Rasmi
14 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 13 Julai 2020, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan kelas latihan menaip surat rasmi bersama-sama pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar supaya berkemahiran menaip dengan laju, pantas dan cekap sekaligus mengurangkan kesalahan ejaan dan sebagainya. Melalui kelas ini juga sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan pelajar berkenaan cara membuat surat rasmi dan turut diadakan permainan Kahoot dengan tajuk Surat Kiriman Rasmi.
Di permulaan, pelajar diberi penerangan tentang panduan untuk menulis surat rasmi dan mereka diberi masa untuk belajar menulis surat rasmi menggunakan Microsoft Word berpandukan contoh yang dipaparkan di skrin utama. Seterusnya, mereka diuji melalui permainan Kahoot untuk menilai tahap kefahaman mereka berkenaan topik surat rasmi yang diajar. Kelas ini secara tidak langsung memberi keseronokan kepada mereka untuk menggunakan kemudahan IT dan ICT. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: