dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas Membuat Quotes/ Petikan Ayat Tanpa Aplikasi

13 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Disember 2020, telah diadakan kelas Membuat “Quotes” Atau Petikan Ayat Tanpa Menggunakan Aplikasi bersama 5 orang pelajar sekolah menengah bertempat di Bilik Latihan PIK Kg Karangan. Kelas ini diadakan selama 1 jam dan bertujuan untuk berkongsi bagaimana cara untuk mencipta sekeping gambar yang ditulis petikan ayat ringkas atau lebih mesra dengan panggilan “Quotes” yang menarik hanya menggunakan Microsoft Powerpoint. "Quotes" ini boleh digunakan dan disiarkan di Facebook, Instagram, Twitter ataupun di lain-lain media sosial bagi menarik minat pembaca.

“Quotes” boleh dihasilkan menggunakan ayat yang dicipta sendiri mahupun daripada sumber internet. Kakitangan PIK berkongsi cara mudah untuk membuat Quotes ringkas menggunakan MS Powerpoint dan berpandukan contoh “Quotes” yang ada di laman web. Pelajar diberi masa untuk menyiapkan “Quotes” tersebut mengikut kreativiti masing-masing dengan bantuan daripada staf PIK. Melalui kelas ini, pelajar diberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer untuk dipraktikkan dan digunakan dimasa akan datang selain untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.