Kelas Belajar Asas Microsoft PowerPoint
8 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 7 Oktober 2020, telah diadakan kelas belajar menggunakan Microsoft PowerPoint bersama ahli cilik Pusat Internet Kg Karangan seramai 5 orang. Kelas ini diadakan selama 30 minit dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan kemahiran menggunakan microsoft office serta belajar menaip. Mereka diajar menggunakan Microsoft PowerPoint supaya mahir serta mampu menghasilkan poster ringkas dengan penggunaan simbol dan ikon yang terdapat di dalam Microsoft PowerPoint tersebut. Kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar atau penduduk di sekitar pusat internet yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan.
#ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: