dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas Tambahan Matematik Tahun 5

12 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 September 2020, telah diadakan kelas pembelajaran Matematik bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kg Karangan bersama 2 orang pelajar tahun 5. Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar sekolah rendah di sekitar Kampung Karangan belajar subjek matematik menggunakan kemudahan ICT di PI. Pengajar memberi pengenalan ringkas mengenai tajuk pecahan dan seterusnya membantu pelajar untuk menjawab soalan berpandukan nota dan contoh yang ditunjukkan di skrin utama.

Diharapkan aktiviti ini dapat membantu para pelajar untuk lebih faham dan tahu menjawab soalan berkaitan topik pecahan. Kami kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas yang kami adakan secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.