Program Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Fasa II) PI Kelantan
8 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniFakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) Universiti Malaysia Kelantan telah mengadakan kursus Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Fasa 2) Pusat Internet Kelantan bersama-sama pengurus dan penolong pengurus pusat internet bagi melatih mereka dalam bidang keusahawan. Pengurus dan Penolong Pengurus PI Kg Karangan telah menyertai kursus tersebut yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 6 hingga 7 Mac 2020 yang bertempat di H Elite Design Hotel, Kota Bharu. Seramai 25 peserta telah menghadiri program ini termasuk pengurus dan penolong pengurus bagi pusat internet (Maxis) seluruh Kelantan.
Taklimat keusahawanan ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia Kelantan iaitu Prof. Madya Dr.Mohd Nor Hakimi Yusof dan Dr. Ghazali Ahmad. Program ini bertujuan memberi tunjur ajar kepada kakitangan PI untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan peserta dapat menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada komuniti setempat. Peserta didedahkan dengan sistem pengurusan acara yang betul dan sistematik mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Selain itu, peserta diajar cara membuat sistem perakaunan perniagaan menggunakan perisian Microsoft Excel. Program ini dapat membantu peserta untuk menyampaikan maklumat berguna kepada komuniti sekitar Pusat Internet yang berminat dan telah menceburi bidang keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: