Kahoot Kemerdekaan Bersama Ahli Cilik Pusat Internet
31 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 30 Ogos 2020, bertempat di Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan aktiviti sempena menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 63 tahun. Kelas ini diadakan selama 2 jam dan disertai oleh pelajar sekolah rendah seramai 7 orang. Matlamat kelas yang dijalankan adalah untuk menanam semangat patriotisme dan sikap cinta akan tanah air Malaysia dalam diri setiap pelajar selain untuk meningkatkan kesedaran tentang sejarah kemerdekaan negara. Kelas ini adalah melalui permainan atas talian ‘Kahoot Game’ berkaitan tentang sejarah kemerdekaan Malaysia.
Permainan Kahoot adalah sangat interaktif dan mempunyai sistem ranking. Pelajar berpeluang menguruskan sendiri jawapan mereka di komputer masing-masing. Di permulaan, pengajar memaparkan aplikasi Kahoot pada skrin utama dan pelajar membuka aplikasi Kahoot pada komputer masing-masing. Pelajar memasukkan Game Pin dan nama pengguna dan kemudian mereka menjawab soalan Kahoot sehingga tamat soalan. Untuk tahun ini, tema Hari Kebangsaan adalah Malaysia Prihatin. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: