dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas Membuat Jadual Waktu Menggunakan Microsoft Excel

14 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Karangan telah mengadakan kelas Membuat Jadual Waktu Menggunakan Microsoft Excel bersama peserta dari sekolah rendah bertempat di Bilik Latihan PIK Kg Karangan. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer seperti MS Excel supaya pelajar mahir menggunakannya.

Pelajar diberi panduan menggunakan MS Excel dengan mengurangkan kesalahan penggunaan simbol dan ikon yang perlu digunakan bagi membuat jadual waktu mangaji. Selain itu, mereka diajar cara untuk mencantikkan jadual tersebut dengan memasukkan warna dan menukar tulisan mengikut kreativiti masing-masing. Kakitangan PIK Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas ICT secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PIK tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.