Belajar Ilmu Asas Microsoft Excel
14 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet (PI) Kampung Karangan telah mengadakan kelas Belajar Ilmu Asas Microsoft (MS) Excel bersama peserta dari sekolah rendah bertempat di Bilik Latihan PI Kg Karangan pada 13 Ogos 2020. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran penggunaan perisian dalam komputer seperti MS Excel supaya pelajar lebih mahir menggunakannya.
Mereka diajar menggunakan MS Excel dan dilatih supaya mahir menggunakan MS office tersebut serta mampu memberi hasil kerja yang bagus dengan meminimakan kesalahan penggunaan simbol-simbol dan ikon yang selalu digunakan. Kami kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: