dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas Bahasa Melayu Sekolah Rendah

13 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2020, telah diadakan kelas Bahasa Melayu bersama pelajar-pelajar SK Kg Karangan bertempat di Bilik Latihan PI Kg Karangan. Kelas ini diadakan untuk untuk membantu para pelajar sekolah rendah di sekitar Kampung Karangan mengulangkaji matapelajaran Bahasa Melayu menggunakan kemudahan ICT di PI iaitu melalui permainan Kahoot.

Kahoot adalah platform pembelajaran berasaskan permainan, digunakan sebagai teknologi pendidikan yang sangat kreatif dan menarik. Permainan Kahoot diadakan untuk menarik minat pelajar yang kurang berminat dengan aktiviti berasakan kelas latihan. Dengan menggunakan Kahoot, mereka lebih teruja untuk belajar kerana sesungguhnya belajar sambil bermain itu lebih menyeronokkan! Kami kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2020 Semua Hakcipta Terpelihara.