Kelas ICT Sempena Aidialdha
31 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet (PI) Kampung Karangan telah mengadakan kelas latihan menaip menggunakan Microsoft Word bersama-sama pelajar sekolah rendah pada 30 Julai 2020. Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar supaya berkemahiran menaip dengan laju, pantas dan cekap sekaligus mengurangkan kesalahan ejaan dan mengenali jenis bentuk yang terdapat dalam MS Word. Selain itu, turut diadakan sesi pembelajaran melalui permainan Kahoot dengan tajuk Hari Raya Aidiladha.
Di permulaan, pengajar memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan panduan menggunakan Microsoft Word berpandukan contoh yang dipaparkan di skrin utama dan seterusnya diberi tugasan untuk menaip artikal dalam masa yang ditetapkan. Setelah selesai, para pelajar menyertai permainan Kahoot yang mengandungi 30 soalan berkenaan tajuk tersebut. Kelas ini secara tidak langsung memberi keseronokan kepada mereka untuk menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: